Thursday, February 14, 2013

My 180-Days Journey (so far...)

Today, 14 February 2013 remarks Qayraa Fitri's 180 Days..
I do count days since she was born but I dun think I should publish it everyday like some people did (during their confinement period).

Selama 180 hari melihat Qayraa membesar, rasanya semua ibu merasakan perkara yang sama "cepatnya anak saya membesar.please slow down,I'll be missing these moments so much!"

180 hari Qayraa lahir, makanya selama 180 hari lah Qayraa minum susu ibu sepenuhnya.
Alhamdulillah. Ummi x putus2 berdoa semenjak mengandung supaya Allah bantu Ummi & Daddy untuk nyusukan Qayraa selama 2 tahun setengah. Jangan tanya mengapa 2 tahun setengah dan bukannya 2 tahun dan tidak pula 3 tahun...

Setiap ibu bapa ada prinsip sendiri dalam membesarkan anak2 dan aku juga punya prinsip sendiri dalam menyusukan Qayraa.
  • Tidak pernah mempunyai stok berbakul2 sampai penuh peti ais.
  • Qayraa tidak pernah minum susu yang disimpan lebih sehari.
  • Tidak mengamalkan apa2 milk booster.
  • Tidak minum bergelen2 air sehari.
  • Perah hari ini untuk esok. Dan kadangkala perah jam 4pagi untuk dibawa ke taska jam 7pagi.
Pernah ditanya berapa banyak stok, jawab ku "saya xsimpan stok". Walaupun jawapanku itu dibalas dengan "ei, mengapa xsimpan stok??!!" (and seriously aku rasa annoying giler!), aku hanya mampu tersenyum dan jawab "saya memang xsimpan stok".

Seperti mana aku xpernah pertikai cara ibu lain menjayakan penyusuan susu ibu (PSI) seperti itulah aku harap tidak dipandang serong dengan cara aku.

"Perah hari ini untuk esok" bukan kerana x mampu nk penuhi demand Qayraa tetapi because I choose to. I choose to give the freshest and the most-active-antibody to Qayraa.

Cuma aku patuh pada prinsip demand & supply. Makanya tidak perlu la segala mak nenek vitamin sebagaimana yang dimomokkan orang. Bukan tidak percaya tetapi back to square 1, aku punya prinsip sendiri.

Berkat "kedegilan" itulah Qayraa berjaya minum susu ibu sepenuhnya sampai hari ini.

Bukanlah mahu bercakap besar kerana semua ini rezeki Allah bagi. Kalau Allah takdirkan yang sebaliknya, siapalah aku untuk menidakkannya dan siapalah korang untuk mengata aku di belakang.

Sebagaimana aku x pernah quiry cara ibu menjayakan PSI seperti itulah aku tidak pernah mempertikaikan kenapa seseorang ibu tidak menjayakan PSI.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum...

Kalau bayi itu minum SI aku akan tanya "banyak x baby minum sehari?" dan
Kalau bayi itu minum Formula Milk aku akan tanya "minum Brand apa?"

Pada aku, "my child, my way"...yea,aku memang degil..aku juga keras hati..sangat keras hati..
Tapi jauh di sudut hati, hati aku lembut, sebab itu Allah jadikan aku seorang ibu...

Seorang ibu yang cukup keras untuk membentuk anak dengan acuannya sendiri..cukup keras untuk hantar anak ke taska..cukup keras untuk biar anak bina antibodi sendiri bila berjangkitnya selesema..dan cukup keras untuk ajar anak 'the hard way'...

Namun di sebaliknya seorang ibu yang sangat lembut hatinya...berdoa sepanjang minggu sebelum anak dicucuk sebulan...menitiskan air mata berhari2 sebelum tibanya hari anak dicucuk...menangis sendirian bilamana anak batuk...menitiskan air mata bila mengenangkan saat anak bercerai susu nanti walaupun bertahun lagi lamanya...

Perjalanan PSI kami masih jauh...sebagaimana Mak berjaya nyusukan aku hampir 3tahun seperti itulah aku akan berusaha untuk memberikan Qayraa yang terbaik..

Semoga Allah sentiasa merahmati apa sahaja perkara baik yang aku telah, sedang dan akan lakukan...


~ Schenna Shinkai ~

1 comment:

  1. All da best schenna! Moga impian terlaksana dengan izin Allah demi qayraa :)

    ReplyDelete